PERFECT DIARY KINI DI SHOPEE
Perfect Diary, sebuah jenama kosmetik yang terkenal di seluruh dunia di kalangan peminat kecantikan milenial akan melancarkan kedai rasminya di Shopee.
Dengan kepercayaan bahawa dunia ini akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah melalui penghayatan produk kecantikan, Perfect Diary mengamalkan polisi 'Direct to Consumers' yang membolehkan mereka menghasilkan produk bersama pengguna mereka. Mereka mendapatkan pendapat daripada para pelanggan untuk mencipta lebih banyak produk kreatif yang melangkaui jangkaan - faktor yang mendorong kejayaannya dan menjadikannya sebuah jenama yang terkenal di seluruh dunia.
Vincent Chen, Pengurus Besar Perfect Diary berkata, “Kami ingin menjadi sebuah jenama yang sentiasa diingati oleh pengguna kami. Bagi kami, istilah 'pemasaran' bermaksud membina sebuah jambatan komunikasi antara kami dengan para pengguna. Mengekalkan hubungan erat dengan mereka membolehkan kami memahami dengan lebih mendalam mengenai pilihan serta keperluan mereka. Dengan ini, kami dapat menghasilkan produk yang mereka gemari. Inilah yang memberi inspirasi kepada kami untuk menggunakan strategi ini supaya kami kekal relevan kepada para pengguna. Lebih-lebih lagi, kami percaya reputasi tidak dibina melalui pemasaran tetapi dengan kekal konsisten melalui word of mouth dan kualiti produk. 'Product power' merupakan pendorong utama dalam pengembangan Perfect Diary."
Dengan Hari Valentine dan Tahun Baru Cina 2021 jatuh pada hari yang sama, Perfect Diary melancarkan dua set produk solekan untuk meraikan kedua-dua perayaan tersebut. Stiletto Rouge Intense Velvet Slim Lipstick Gift Set dan PerfectStay Weightless Soft-Velvet Blurring Loose Powder boleh didapati di kedai rasmi Perfect Diary di Shopee.
Edisi terhad Hari Valentine Stiletto Rouge Intense Velvet Slim Lipstik Gift Set terdapat dalam warna nude, merah serta oren dan datang dalam sebuah beg tangan berwarna putih keemasan dengan corak berbentuk hati, menjadikannya hadiah yang sempurna untuk orang yang disayangi atau diri sendiri. Inspirasi bagi beg tersebut datang daripada kasut tumit tinggi yang melambangkan fesyen luar biasa dan juga keyakinan kaum wanita.
Diformulasikan dengan royal jelly dan elemen grape seed, PerfectStay Weightless Soft-Velvet Blurring Loose Powder membantu mengawal pengeluaran jumlah minyak berlebihan dan mengekalkan solekan anda sehingga 12 jam. Tekstur yang halus dan ringan akan memberikan kemasan yang sempurna. Dengan 7 tona warna berbeza untuk dipilih, PerfectStay Weightless Soft-Velvet Blurring Loose Powder padan dengan semua warna kulit. Ini termasuk dua tona warna baharu yang kini boleh didapati secara eksklusif di Shopee.
Mulai sekarang hingga 28 Februari, nikmati diskaun hingga 50% apabila anda berbelanja di kedai rasmi Perfect Diary di Shopee. Selain itu, nikmati baucar potongan harga RM15 dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu pembelian. Dari 2 Februari hingga 10 Februari, Perfect Diary juga akan memberikan hadiah percuma bernilai RM29.90 untuk setiap pembelian Slim Lipstick Gift Set, selagi stok masih ada.
Sempena dengan Shopee 2.2 Jualan Tahun Baru Cina sedang berlangsung hingga 13 Februari, peminat Perfect Diary juga akan menikmati baucar diskaun 88% setiap hari, penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM10 dan lebih lagi.
Kunjungi kedai rasmi Perfect Diary di https://shopee.com.my/perfectdiary.os untuk mendapatkan tawaran eksklusif untuk Tahun Baru Cina dan Hari Valentine. Jangan lupa untuk menambah nilai ShopeePay anda untuk pembayaran yang lebih pantas dan lancar.
Comments