top of page

PERTANDINGAN AKHIR MISS, MR DAN MRS HIT 2020 BERLANSUNG MERIAH SETELAH TERTUNDA SETAHUN



Setelah menunggu lebih dari satu setahun kerana pandemik #COVID19 dan pelbagai perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan, para pemenang Miss, Mr & Mrs HIT Pageant 2020 yang dinantikan akhirnya dimahkotakan dalam satu pertandingan gala yang telah diadakan dalam suasana yang cukup meriah di Grand Centro Ballroom di Klang, Sabtu malam yang lalu.


Mahkota kejuaraan bagi kategori Mr HIT Malaysia 2020 dimenangi oleh Yoga Raj Ulaganaden, seorang eksekutif kanan yang berasal dari Negeri Sembilan. Tempat kedua kategori tersebut pula dimenangi oleh Sarvesswaren Katikesu, seorang usahawan ,sementara itu tempat ketiga pertandingan Mr HIT 2020 dimenangi oleh Muhammad Basir Mongudal, yang merupakan seorang eksekutif akaun. Kedua-dua pemenang berasal dari negeri Pulau Pinang.


Sementara itu, bagi kategori Miss HIT Malaysia 2020, tempat pertama dimenangi oleh Kirubashini Rajendran, yang bertugas sebagai pembantu tadbir dan berasal dari negeri Perak. Tempat kedua pula dimenangi oleh Heama S. Muthu, seorang pelajar yang berasal dari Selangor sementara Michelle Anne Deaves yang berasal dari Sabah di tempat ketiga.


Bagi kategori MRS HIT 2020 pula, tuah berpihak kepada Aruna Devi Krishnan, seorang guru yang berasal dari Selangor. Ditempat kedua pula menjadi milik Lingeswary Muniandy, seorang usahawan yang berasal Selangor sementara tempat ketiga menjadi milik Kaliamah Ayer, yang merupakan seorang guru dan berasal dari negeri Perak.


Kesemua pemenang dipilih oleh panel hakim yang terdiri daripada individu terhormat yang terdiri daripada ahli psikologi, jurulatih profesional & pengasas House of Trainings Ricky Ng, Pengarah Kids Got Talent Malaysia Sherme Low, Pemenang kategori MRS HIT Malaysia 2018 Sunita Subbaraman, pelatih 'ramp walk' yang juga pemenang MR HIT Malaysia 2017 Jeyaganesh dan juara Mrs World World Peace 2021, Mrs Millenium 2021 & pengasas kepada Supermodel India Malaysia Sangeetha Veloo.


Sebanyak 27 anugerah sampingan turut diberikan kepada perserta-peserta terpilih merangkumi ketiga-tiga ketegori tersebut. Sementara itu, seramai 30 wanita berkemahiran tinggi dari pelbagai industri juga dinobatkan sebagai HIT Vision Queens semasa pertandingan akhir tersebut berlansung bagi menghargai pencapaian mereka.


Pertandingan yang diadakan sejak tahun 2016 itu merupakan satu-satunya pertandingan di Malaysia yang melibatkan tiga kategori - Miss, Mr & Mrs. Ia dianjurkan oleh sebuah organisasi pengurusan model dan bakat yang telah menerima pelbagai pengiktirafan di dalam dan luar negara, Harry International Talents yang diketuai oleh pengasasnya Barni Kumar Harry.


Penaja utama pertandingan tahun ini terdiri dari Triikas, Sametha Beauty Zone, Target Fitness, Izwani, MD Pharma, Jess Creations, Sai Photo, R Event, Pusat Bahasa Titian Jaya, Vimas, Star Fitness dan Grand Centro Ballroom.


Pertandingan Mr, Miss dan Mrs HIT 2020 turut mendapat sokongan media seperti Rentak Sejuta, MKU Malaysia Kalai Ulagam, Universal Media, Vannangal, Sai FM . Acara akhir pertandingan tersebut disiarkan secara langsung di laman sesawang Rentak Sejuta dan MKU.

Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page