top of page

PROGRAM 'THE AUDITION 2021' KINI BERMULA


Program 'The Audition 2021' merupakan pertandingan pencarian bakat baru Malaysia yang diadakan bagi mencungkil bakat peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, lakonan, tarian dan komedi. Program terbitan Armani Entertainment Group ini akan diadakan di enam lokasi terpilih diseluruh negara iaitu di Kuantan, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan di Kuala Lumpur yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Hilton KL Sentral Kuala Lumpur.


Armani Entertainment Group merupakan sebuah entiti pengurusan artis yang menguruskan bakat seni dan artis secara profesional. Bagi memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan di Malaysia yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni baru dan lama, AEG telah melantik pengarah, dan penerbit drama terkenal , Micheal Ang sebagai rakan strategik program tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua, berkata pihaknya yakin dengan kemampuan yang ada pada Michael Ang dalam mencapai objektif program ini iaitu melahirkan bintang baru yang berkualiti dalam industri hiburan tanah air.


"Dunia hiburan di Malaysia perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan, kemampuan, kehebatan dan lebih berdaya saing.


"Ledakan teknologi juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan kreativiti dan meneroka pelbagai bidang senilain termasuk kerja-kerja disebalik tabir. Mereka perlu menjadikan bidang seni sebagai satu bidang pekerjaan yang serius dan menjamin masa hadapan," jelas beliau lanjut.


Program The Audition 2021 bermula sejak awal Oktober yang lalu dengan uji bakat dalam talian di platform Instagram dimana peserta yang video mereka telah disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani uji bakat secara lansung di hadapan juri profesional yang terdiri daripada selebriti terkenal tanahair seperti Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Rozita Che Wan, Dynas Mokhtar, Izzue Islam, Nabila Razali, Amira Othman, Suffian Suhaimi, Wany Hasrita dan MK (K-Clique).



Pemenang program The Audition 2021, akan menerima kontrak sebagai artis di bawah AEG bernilai RM50,000 serta berpeluang menyertai kelas bimbingan nyanyian serta lakonan dibawah tenaga pengajar bertauliah bernilai RM10,000 selain peluang untuk merakamkan lagu 'single' serta pembikinan muzik video untuk penyanyi atau peluang untuk membintangi drama terbaru terbitan Michael Ang sekiranya pemenang adalah seorang pelakon.


Sesi ujibakat pusingan seterusnya akan diadakan di Kuantan pada 24 Oktober ini. Orang ramai boleh mengikuti perkembangan program 'The Audition 2021' di platfrom media sosial; Instagram dan Facebook Armani Entertainment Group.

Коментарі


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page