top of page

PROGRAM TV ALA 'FASHION POLICE' - GLAM KE TENG'GLAM DI SALURAN AWESOME TV MASUK MUSIM KEDUA



Selepas menerima reaksi yang positif dari penonton Awesome TV, Glam Ke Teng’Glam kini kembali dengan musim kedua. Memaparkan hos-hos yang cukup sensasi, Glam Ke Teng’Glam merupakan sebuah program yang berkisarkan tentang selebriti tempatan dalam berfesyen. Bersiaran selama 14 minggu bermula 3 Februari 2021 lalu, Rozita Che Wan (Che Ta), Michael Ang dan Zizan Razak telah diangkat sebagai pengantara program untuk sama-sama memberi pandangan terhadap fesyen yang dikenakan oleh selebriti pilihan setiap minggu.


Michael Ang juga berkata, ”Saya sebenarnya sangat suka berfesyen walaupun saya pernah berbadan besar dahulu. Mungkin saya tidak berfesyen melalui pakaian tetapi saya mempunyai pelbagai koleksi kasut dan beg yang sering saya kongsikan di Instagram. Sejak saya hilang berat badan, saya mula berani berfesyen dari segi pakaian kerana rasa lebih yakin. Saya juga sering memberi pandangan tentang fesyen dalam drama arahan saya.”


“Walaupun komen-komen saya dalam program ini berbunyi sangat pedas dan sinis tetapi saya tidak takut jika dikecam kerana komen diberikan kepada mereka secara berhadapan. Jika mereka tidak bersetuju, mereka ada hak untuk membangkang. Sebenarnya itulah kelebihan Glam Ke Teng ‘Glam.” - Michael Ang

Glam Ke Teng'glam 2 bersiaran setiap Rabu jam 10:00 malam di Awesome TV saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV



Michael akui ada perasaan yang kekok sedikit ketika pergambaran Glam Ke Teng’Glam episod pertama tetapi kerjasama daripada Zizan dan Che Ta membuatkan semuanya berjalan lancar. Katanya, Zizan Razak dan Che Ta sangat profesional bila bekerja. Tambah Michael juga, krew Awesome TV yang sangat memberi kerjasama membuatkan saya merasa senang sepanjang penggambaran.


Glam Ke Teng’Glam juga merupakan sebuah rancangan fesyen yang juga menyajikan informasi atau tips berkenaan dengan fesyen kepada penonton. Saksikan Glam Ke Teng’Glam di Awesome TV di saluran 123, Astro dan 112, MyTV serta siaran tertunda melalui www.awesometv.my.


Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page