RAIKAN SEMANGAT BERKONGSI RASA DI THE PEARL KUALA LUMPUR RAMADAN INI
Hotel The Pearl Kuala Lumpur turut sama meraikan kemeriahan Ramadan tahun ini dengan sajian bufet Ramadan yan bertemakan 'Sajian Warisan Nusantara' bermula dari 15 April hingga 9 Mei 2021. Pengunjung yang hadir berbuka puasa di The Pearl bakal menikmati lebih dari 100 jenis sajian hidangan selain menu tradisional nusantara yang menjadi fokus untuk tahun ini.
Hotel The Pearl Kuala Lumpur mengalu-alukan para tetamunya untuk berkongsi majlis berbuka puasa dengan orang tersayang di suasana norma baharu yang santai serta mesra keluarga di Dewan Phoenix yang luas bermula dari jam 5.30 petang sehingga 10 malam. Terletak di lokasi strategik antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, The Pearl Kuala Lumpur adalah hotel kelas perniagaan ikonik bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah-tengah Jalan Klang Lama, menawarkan 555 bilik tamu yang selesa yang moden dan kontemporari.
Dari bermula waktu berbuka puasa, para tetamu boleh menikmati pelbagai makanan istimewa tradisional Melayu dengan lebih dari 100 menu yang pasti membuka selera, di antara gerai dan menu adalah:
PEMBUKA SELERA & MAKANAN RINGAN
Rojak dan Pasembur (Campuran Timun, Jambu Batu, Sengkuang, Mangga Muda, Buah Nenas, Betik Muda, Jambu Air, Taugeh, Tempe, Tauhu, Biji Bijan, Pes Kacang Tanah, Sos Udang Pedas dan Kacang Tanah Goreng.
STESEN ULAM-ULAMAN & IKAN MASIN
Aneka juadah istimewa ulam-ulaman tradisi Melayu seperti Jering, Kacang Botol, Kacang Panjang, Ulam Raja. Daun Selom, Kobis, Timun, Lobak Merah, Pucuk Gajus, Tomato bersama pilihan Ikan Masin Gelama, Sepat dan Ikan Talang.
HIDANGAN UTAMA HARIAN
Terdapat 9 jenis hidangan utama yang akan digilirkan setiap hari seperti seleksi Nasi Kukus, Gulai Daging Bunga Kantan, Singgang Ikan Selar, Ayam Taucu Pedas, Pajeri Nenas, Sambal Sotong, Pucuk Paku Masak Lemak Cili Padi, Kurma Telur, Tauhu Masak Lemak Putih dan banyak lagi.
STESEN ANEKA SUP, GERAI GULAI KAWAH DAN MEE
Pada penggemar menu hidangan sup dan gulai kawah, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Sup Ayam Berempah, Sup Cendawan Berkrim , Sup Asparagus Berkrim, Sup Bebola Ikan, Sup Gear Box serta pilihan Gulai Kawah Kambing atau Daging. Turut disediakan aneka hidangan mee dengan pelbagai aneka sup serta kondimen tambahan.
JUADAH ISTIMEWA MAKANAN BARAT & 'SHELL OUT'
Seperti tahun-tahun sebelumnya The Pearl Kuala Lumpur tetap menyediakan menu wajib yang menjadi tarikan seperti Kambing Golek, Ayam Golek dan Ikan Bakar dengan pelbagai pilihan sos. Selain itu hidangan makanan laut berkonsepkan lambak 'Shell Out' bersama sayur campuran dicampur dengan pedas masam yang pasti membuka selera. Disamping itu turut disediakan pilihan pelbagai sosej dengan pilihan sos seperti Sos Mustard, Jeruk Gherkins, Jalapeno, BBQ, Cili dan Tomato
Antara menu hidangan lain yang turut disajikan seperti pilihan Pasta, Popiah, Samosa, Baji Kentang, Lemang, Ketupat, Serunding, Nasi Impit, Nasi Mutiara, Ayam Beriani, Kambing Mandi, Sate Ayam dan Daging, pilihan pelbagai Dim Sum dan Pau, Sate Celup, Pastri dan Kek, Bubur dan aneka kuih muih, ABC, buah-buahan serta pelbagai pilihan minuman panas dan sejuk.
MANA-MANA PUN BOLEH IFTAR, “TAPAU” ATAU HANTAR KE RUMAH
The Pearl Kuala Lumpur turut menyediakan Set Menu 'Tapau' buat mereka yang memilih untuk berbuka di rumah dengan tawaran harga yang berpatutan untuk sekeluarga 5 ke 7 orang, iaitu dari RM168 bersih (11 pilihan hidangan) dan RM198 bersih (13 pilihan hidangan setiap set .
Hidangan popular “Signature” The Pearl Kuala Lumpur seperti Set Sate Ayam, Ayam Golek juga ada disediakan untuk pesanan tambahan. Tempahan boleh dibuat bermula dari 13 April hingga ke 12 Mei 2021, bermula dari 11.00 pagi hingga 9 malam. The Pearl Kuala Lumpur menyarankan tempahan dibuat sehari awal bagi mengelakkan sebarang masalah. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi atau melalui Whatsapp ditalian +6016 331 9375.
The Pearl Kuala Lumpur turut menyajikan persembahan hiburan Ghazal Tradisional disepanjang bufet berlansung selain kemudahan surau untuk solat Maghrib, Ishak dan Solat Sunat Terawih yang akan dipimpin oleh Ustaz yang dibawa khas sepanjang bulan Ramadan.
Tempahan awal boleh dibuat mulai dari 15 Mac 2021 hingga ke 11 April 2021 untuk menikmati tawaran harga RM88 bersih seorang (Harga biasa: RM118). Orang ramai boleh mendapatkan penjimatan yang lebih dengan pembelian 10 Baucer Ramadan dan akan diberikan 2 Baucer Tunai bernilai RM50 secara percuma.
MAKLUMAT TEMPAHAN:
Untuk tempahan, sila tekan link "WhatsApp" tertera dibawah
https://wa.link/2yw38j (+6016 331 8794) https://wa.link/vvkukr (+6016 331 9675) https://wa.link/w16ns9 (+6012 389 0690)
atau terus telefon kami di +603 7983 1111 sambungan 8945 atau 3306
Comments