top of page

ROCKETFUEL ENTERTAIMENT PERKENAL 'INDIE SPACE STATION' BUAT LABEL DAN KARYA INDIE



Rocketfuel Entertainment sekali lagi meneroka angkasa lepas dengan memperkenalkan perkhidmatan terbaharunya iaitu Rocketfuel Indie Space Station yang akan memberi fokus khusus terhadap label dan artis indie di seluruh negara. Rocketfuel Indie Space Station akan bertindak sebagai pihak pengurusan yang dilantik oleh label atau artis indie di bawah label muzik Rocketfuel Records yang bakal beroperasi serentak dengan tiga komponen utama roketnya iaitu Rocketfuel Talent, Rocketfuel Multi-channel Network dan Rocketfuel Live.


Terang Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment yang baharu, “Rocketfuel Indie Space Station kini mempelawa mana-mana label dan artis indie yang memerlukan khidmat dari segi pelancaran lagu di platform digital, TV dan radio. Sebagai tambahan, Rocketfuel Indie Space Station juga menawarkan khidmat penerbitan dan perlesenan.


“Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah kami raih sekaligus meletakkan jenama Rocketfuel Entertainment setaraf dengan label-label unggul di Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara. "


Rocketfuel Entertainment turut memperkenalkan Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baru iaitu Encik Jipie yang akan dipertanggungjawabkan mengelolakan Rocketfuel Indie Space Station.


Encik Hudzafei Hazmi atau lebih dikenali dengan nama Jipie merupakan vokalis dan ketua band Pesawat yang merupakan sebuah kumpulan tempatan yang terkenal dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok industri muzik di Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Ketua Label dan Penerbitan yang baharu dapat melonjakkan lagi jenama Rocketfuel Entertainment ke peringkat yang lebih tinggi.


Menurut Encik Jipie, “Saya amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Encik Feros dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini. Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment sebagai salah satu agensi bakat yang berpengaruh dan disegani di Malaysia dan rantau ini.”


Sehubungan dengan itu, Rocketfuel Entertainment juga turut memperbaharui serta menambahbaik laman sesawang rasminya baharu-bahru ini dengan perantara yang lebih menarik sejajar dengan identiti jenama Rocketfuel Entertainment yang moden ditambah dengan elemen bersahaja.



Laman sesawang terbaharu itu juga akan menampilkan pelbagai perantara berguna yang memudahkan bakal rakan niaga dan pengguna membuat semakan tentang perkhidmatan baharu yang ditawarkan.


Selain itu, laman sesawang tersebut turut mempamerkan dan memberikan maklumat tentang keluaran terbaharu serta projek-projek akan datang daripada Rocketfuel Entertainment agar kesemua yang terlibat sentiasa memperoleh perkembangan yang terkini.


Sebagai tambahan, laman sesawang terbaharu Rocketfuel Entertainment akan memaparkan setiap 'talent' dibawah naungan mereka secara individu daripada rangkaian keluarga besarnya sebagai satu bentuk kemudahan untuk bakal pelanggan mereka merangka apakah tindakan selanjutnya dalam mewakili jenama mereka.


Team Rockerfuel Entertainment akan terus memastikan isi kandungan laman sesawang tersebut dikemaskini dari masa ke semasa dengan berita-berita terkini bersama talent terbaharunya. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi yang terbaharu di www.rocketfuelent.com



Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page