top of page

ROSYAM NOR BINTANGI G-STORM, FILEM TERAKHIR PENTALOGI SIRI POPULAR PENYIASATAN ANTI RASUAH HONG KONG

G Storm merupakan filem aksi thriller Hong Kong yang terbaru diarahkan oleh pengarah, David Lam. Siri kelima dan terakhir dalam pentalogi filem ini, didahului oleh filem Z Storm (2014), S Storm (2016), L Storm (2018) dan P Storm (2019). Filem G Storm dibintangi oleh Louis Koo sebagai watak utama, kembali sebagai penyiasat ICAC William Luk di Jabatan Imigresen Hong Kong, yang menyiasat kes berkaitan dengan sindiket kumpulan pemerdagangan manusia antarabangsa.



Filem G Storm dibintangi oleh Louis Koo, Julian Cheung, Kevin Cheng, Jessica Hsuan, Bosco Wong dan aktor Datuk Rosyam Nor. Proses penggambaran filem ini telah dijalankan di Hong Kong bermula pada Disember 2019 namun ditangguhkan pada Januari 2020 ekoran dari penularan pendamik Covid-19 yang melanda dunia ketika itu tetapi disambung semula selepas Jun 2020.


Dato Rosyam Nor yang ditemui pada acara tayangan khas filem tersebut yang telah diadakan di pawagam MBO, Atria, Petaling Jaya minggu lalu memberitahu terdapat beberapa babak utama yang melibatkan proses penggambaran di Malaysia telah dibatalkan dan dijalankan di Hong Kong. Begitu juga dengan babak adegan aksi pertempuran yang melibatkan beliau turut menggunakan khidmat pelakon pengganti bagi menggantikan beliau.


Mengulas lanjut tentang filem ini, Dato Rosyam Nor yang sebelum ini turut pernah berlakon dalam filem Kabali bersama aktor hebat India, Rajnikanth bersyukur kerana terpilih untuk membintangi filem G-Storm.


"Walaupun saya ditawarkan sebagai pelakon pembantu dalam filem ini, namun watak yang diberikan agak besar dan penting . Ini kerana watak saya sebagai King Prayut, seorang ketua sindeket pemerdagangan manusia antarabangsa itu menjadi pencetus kepada idea penceritaan filem ini.


"Selain dari itu pengalaman berkerja dengan produksi antarabangsa ini, turut memberi nilai tambah pada saya dalam saya membina jenama saya sendiri. Saya berharap selepas filem ini, saya dikenali oleh masyarakat Cina di Malaysia ", ujar Datuk Rosyam.


Filem G-Storm diedarkan oleh Lotus Five Star dan akan memulakan tayangan di Malaysia pada 31Disember 2021.


SINOPSIS


William Luk dan Kenny Ching diarahkan untuk menyiasat kes rasuah yang melibatkan pegawai Kastam yang mereka dapati kes itu dikaitkan dengan King Prayut, ketua kumpulan sindeket pemerdagangan manusia antarabangsa, dan juga melibatkan Emma Pong, Ketua Hakim Negara Asia Tenggara. Luk dan Ching bersama Cif Inspektor Lau Po-keung bertekad untuk membawa Raja ke muka pengadilan.




Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page