top of page

SALURAN YOUTUBE BAHASA ARAB ‘OMAR & HANA’ CECAH LEBIH 100,000 LANGGANAN



Digital Durian dengan berbesar hati mengumumkan saluran YouTube Arab siri animasi popularnya hasil usahasama dengan Astro, ‘Omar & Hana’, telah berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya pada Julai 2020. Dengan lebih 20 juta jam masa tontonan, pencapaian ini menunjukkan perkembangan yang menggalakkan bagi jenama Omar & Hana di persada antarabangsa.


Berdasarkan kaji selidik Digital Durian yang melibatkan golongan ibu bapa kepada peminat Omar & Hana, terdapat permintaan untuk kandungan yang berasaskan Islam oleh ibu bapa dari rantauan Timur Tengah dan Utara Africa (MENA). UAE tersenarai dalam 10 negara yang berminat dengan Omar & Hana YouTube versi bahasa Inggeris. Dengan data statistik ini, keputusan menghasilkan siri Omar & Hana dalam bahasa Arab untuk memenuhi permintaan peminat yang semakin meningkat adalah langkah seterusnya yang terbaik.


Terdapat juga permintaan muzik instrumental yang berdasarkan budaya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk digunakan. Pendekatan ini dilihat sebagai satu kejayaan berdasarkan pencapaian untuk saluran YouTube versi Bahasa Arab Omar & Hana.


Fadilah A. Rahman, Penerbit siri animasi ‘Omar & Hana’, berkata, “Kami mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton Arab siri animasi Omar & Hana dalam bahasa Inggeris dan melihat bahawa ada permintaan untuk kandungan kami dalam bahasa Arab, terutama sokongan dari rautau MENA.


"Terima kasih kerana menyokong Omar & Hana bahasa Arab ini. Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan Omar & Hana. Teruskan menonton dan jangan lupa untuk melanggan saluran rasmi YouTube Omar & Hana!,” tambah beliau lanjut.


Video Omar & Hana versi bahasa Arab ditonton oleh kanak-kanak serata dunia dari lebih 50 negara, terutamanya di Arab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria. Bahasa Arab merupakan bahasa keempat yang diterbitkan oleh Digital Durian bagi Omar & Hana, diikuti oleh bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia. Sukacita dimaklumkan, penerbitan Omar & Hana dalam bahasa Urdu bakal disiarkan tidak lama lagi.


Siri animasi Omar & Hana bersiaran setiap Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria. Kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.


Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page