Search
SHOPEE 11.11 JUALAN TERHEBAT
- MYB
- Nov 3, 2020
- 3 min read

Lebih dari 1,200 jenama dan peruncit serta 800, 000 penjual di Shopee membawakan rakyat Malaysia potongan harga terbesar dan tawaran yang menakjubkan dari sekarang hingga 11 November 2020 semasa 11.11 Jualan Hebat di platform e-dagang tersebut.
Dengan lebih 100 juta produk untuk dipilih dan banyak lagi yang ditawarkan pada diskaun 99% dengan harga serendah 11 sen semasa Jualan Kilat Shocking Sale, rakyat Malaysia akan teruja untuk mengetahui bahawa Shopee 11.11 Jualan Hebat akan menjadi lebih menarik. Mengapa?
Platform e-dagang tersebut akan menurunkan perbelanjaan minimum dari RM40 kepada RM11 untuk pengguna menikmati penghantaran percuma. Jenama terkemuka seperti Acer, Carlo Rino, Enfagrow, Nestlé, OPPO, P&G, Philips, realme, Sa Sa, Skechers, Tefal, Unilever, Watsons dan banyak lagi akan menawarkan baucar diskaun 50% setiap hari di samping diskaun untuk produk!
Sekiranya itu tidak cukup hebat, Shopee mempunyai satu soalan untuk anda - Proton X50 yang serba baru, anda One or Not? Shopee akan memberikannya kepada 1 pembeli bertuah hanya untuk RM1. Rakyat Malaysia juga berpeluang menjadi pemilik Samsung Galaxy Note20, soundbar, jam tangan, set barang kemas dan banyak lagi hanya untuk RM1. Yang terbaik tentang permainan ini adalah jika para pengguna tidak menang, wang mereka akan dipulangkan sepenuhnya.

Pemain Shopee juga boleh berseronok sambil merebut peluang untuk memenangi Nintendo Switch dan sehingga 11 juta Syiling Shopee dari Goyang Shopee, Shopee Farm, Shopee Bubble, Shopee Poly, Shopee Claw, Shopee Candy, dan Shopee Lucky Prize.
Dengan e-dagang membentuk semula cara pengguna membeli-belah di rantau ini, Shopee juga membawakan hiburan kepada rakyat Malaysia sepanjang hari, setiap hari. Menampilkan barisan artis yang termasyhur, rakyat Malaysia pasti tidak ingin ketinggalan tarikh-tarikh ini:
Shopee Live: Platform e-dagang tersebut akan membawa kembali kontraktor but kuning kegemaran orang ramai, Phua Chu Kang dalam penstriman langsung khas pada 10 November dari 8PM-9PM. Rakyat Malaysia berpeluang untuk berinteraksi dan strim bersama dengannya sambil mendapatkan tawaran 11.11, baucar dan Syiling Shopee ketika mereka menonton penstriman langsung tersebut.
Bukan itu sahaja - saksikan selebriti tempatan seperti Zoey Rahman (10 November pada 5:00PM), Fynn Jamal dan Tyra Kamaruzzaman (kedua-duanya pada 11 November jam 12:00PM) apabila mereka memulakan penstriman langsung Shopee masing-masing bagi mempamerkan produk mereka, menawarkan tawaran masa terhad dan baucar serta berinteraksi dengan peminat-peminat mereka.

Comments