top of page

SHOPEE LANCAR 'KEMPEN RAYA BERSAMA SHOPEE', PERKENAL CIRI TAMBAHAN BARU UNTUK SHOPEEPAY

Shopee baru baru ini menerusi fungsi pembayaran dompet mudah alihnya yang dikenali sebagai ShopeePay telah memperkenalkan ciri baharu sebagai tambahan iaitu 'Deals Near Me' yang akan mendorong pengguna aplikasi ShopeePay untuk membeli belah di kedai-kedai luar talian secara efisien. Ciri baharu ini juga dapat memperkenalkan kepada para pengguna akan tawaran-tawaran terbaik yang sedia ada dikawasan berhampiran mereka sempena kempen Raya Bersama Shopee yang sedang berlangsung hingga 14 Mei.


'Deals Near Me' merupakan salah satu ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi. Melalui ‘Deals Near Me’, perniagaan-perniagaan luar talian seperti kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan boleh menawarkan diskaun-diskaun mereka dalam bentuk baucar ShopeePay untuk ditemui oleh para pelanggan berdekatan. Para pengguna boleh membeli baucar dengan mudah di aplikasi Shopee, dan menebusnya serta-merta di kedai yang mengambil bahagian untuk menikmati pulangan tunai yang menarik apabila mereka membayar dengan ShopeePay.


Menurut Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia, baucar-baucar ini akan membantu kedai luar talian untuk menarik perhatian para pengguna yang lazimnya gemar membeli-belah atas talian. Pandemik COVID-19 meninggalkan impak kepada tabiat berbelanja dan cara membeli belah rakyat Malaysia. Oleh itu, penting bagi perniaga-peniaga luar talian untuk memikirkan cara-cara baharu untuk menarik minat pelanggan-pelanggan ini untuk memasuki premis perniagaan mereka.


"Melalui Deals Near Me, para peniaga di luar talian dapat meningkatkan pendedahan perniagaan mereka kepada pembeli-pembeli atas talian. Kami juga akan menawarkan pulangan tunai melalui ciri baharu ini demi menggalakkan lagi pengguna-pengguna di kawasan berdekatan untuk mengunjungi premis-premis perniagaan yang menyertai program baucar ShopeePay ini. Kami percaya bahawa tawaran-tawaran yang relevan kepada pengguna mampu meningkatkan jumlah jualan para peniaga. Perkara ini penting, lebih-lebih lagi demi pemulihan perniagaan luar talian terutamanya dalam sektor peruncitan dan perkhidmatan yang terkesan oleh tempoh kawalan pergerakan yang berlanjutan. Kami juga percaya bahawa ciri baharu ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak iaitu pengguna dan kedai yang mengambil bahagian, dalam pada kami mencipta pengalaman membeli-belah yang mudah, lancar dan penuh dengan ganjaran,” katanya.


Sejak 1 April, ciri terbaharu tersebut telah membawa lebih daripada 100,000 pelanggan kepada 130 peniaga awal yang menggunakan 'Deals Near Me' termasuk kedai-kedai terlaris termasuk MR DIY, Tealive dan The Black Whale.


Ciri baharu ini dilancarkan sempena kempen Raya Bersama Shopee. Oleh itu, pihak Shopeepay telah memperkenalkan baucar khas bulan Ramadan yang akan dipromosikan pada tiga waktu yang berbeza: Sahur Specials pada jam 5 pagi, Jom Berbuka dengan ShopeePay pada jam 12 tengah hari, dan Moreh Specials pada jam 10 malam.


Para pengguna Shopee boleh membeli baucar-baucar ini dengan harga serendah 5 sen untuk mendapatkan pulangan wang tunai hingga RM8, dari kedai-kedai seperti Nasi Kandar Pelita, Nando's, TGI Friday's, Boat Noodle, Johnny's, OLDTOWN White Coffee, J.Co Donut dan Hokkaido Baked Cheese Tart.



Kempen Raya Bersama Shopee juga akan menawarkan para pengguna penghantaran percuma tanpa pembelanjaan minimum dan tawaran daripada serendah RM1.


Para pengguna juga boleh menikmati dua hari membeli-belah yang sangat istimewa - Jualan Hebat Raya pada 23 April dan Pesta Jualan Raya pada 5 Mei, yang bakal menawarkan tawaran yang menakjubkan kepada rakyat Malaysia serta diskaun hingga 80% untuk peralatan rumah, perabot, pakaian Hari Raya, hiasan dan banyak lagi sebagai persiapan untuk Hari Raya.


Menambah lagi kepada keriangan pada hari-hari istimewa ini, para pengguna akan dihiburkan dengan rancangan Raya Bersama Shopee pada 23 April jam 10 malam, diikuti dengan rancangan Jom Heboh Di Rumah pada 4 Mei jam 9 malam dan 5 Mei jam 2 petang yang akan disiarkan di Shopee Live, TV3 dan Tonton. Rancangan-rancangan ini akan menampilkan Duta Shopee untuk Hari Raya ini, Iman Troye dan juga artis serta selebriti tempatan seperti Anuar Zain, Ernie Zakri, Kaka Azraff, Syamel, Chef Wan dan ramai lagi.



Tan Ming Kit, Pengurus Kanan (Pemasaran), Shopee Malaysia berkongsi bahawa platform e-dagang tersebut juga akan memudahkan rakyat Malaysia yang ingin memberi sumbangan kepada masyarakat pada bulan Ramadan ini melalui inisiatif amal #ShopeeGivesBack.


"Kami juga ingin menggunakan kebolehan platform kami untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengerjakan amal jariah. Dengan ini, para pengguna Shopee boleh menghulurkan sumbangan serendah RM1 kepada Budimas Charitable Foundation, Pertubuhan Kasih Neelofa, Protect and Save the Children, SimplySiti Di Hati, Shelter Home for Children, Ukhwah for Ummah dan banyak lagi untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik. Selain itu, barisan selebriti seperti Siti Nordiana, Izzue Islam dan Farahanim Razak akan membincangkan tentang isu-isu sosial serta pandangan mereka mengenai aktiviti amal di Shopee Live pada jam 3 petang, setiap hari Jumaat sepanjang kempen ini,” kata Tan.


Sambutan Hari Raya bakal menjadi lebih menarik dengan dua unit Perodua Ativa, motosikal Yamaha, hingga 25 juta Syiling Shopee dan hadiah-hadiah hebat lain untuk dimenangi apabila rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam One or Not serta Share and Win Prizes.


Rancangan permainan Kotak Duit Raya juga kembali setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari di Shopee Live, di mana para pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM3,000 setiap hari yang akan berganda sehingga RM9,000 maksimum jika tiada pemenang.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Raya Bersama Shopee, layari https://shopee.com.my/m/raya-sale.

 

Mengenai ShopeePay


ShopeePay ialah dompet mudah alih bersepadu yang menawarkan pengguna akses mudah kepada perkhidmatan pembayaran digital. Dilancarkan pada tahun 2015, ShopeePay memberikan pengalaman membeli-belah yang lancar dengan membolehkan pengguna membuat pembayaran atas talian di Shopee, menambah nilai dompet mereka, memindahkan dan mengeluarkan wang, dan membuat pembayaran di luar talian di beribu-ribu lokasi perniagaan.


ShopeePay memudahkan pengguna untuk berbelanja dan menjalankan perniagaan. Ia memberi pengguna pilihan pembayaran yang mudah, selamat, dan dilengkapi ganjaran; ia memperkasakan perniagaan dan membantu mereka untuk merebut peluang baharu.


ShopeePay adalah sebahagian daripada SeaMoney, bahagian perkhidmatan kewangan digital Sea Group. Sebagai penyedia pembayaran dan perkhidmatan kewangan digital terkemuka di Asia Tenggara, misi SeaMoney adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan di rantau ini melalui perkhidmatan kewangan menerusi teknologi.


Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay dan SeaMoney, layari https://www.seamoney.com.


Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page