top of page

SNOOP DOGG TAMPIL BERSAMA JOE FLIZZOW DAN YUNG RAJA DALAM ALBUM ALGORITHM (THE GLOBAL EDITION)


Bintang dunia, usahawan, ikon budaya serta Penasihat Eksekutif Kreatif dan Strategik Def Jam Recordings – menerajui projek sulungnya untuk syarikat rakamannya – sebuah projek gergasi yang menampilkan 32-artis, dalam 25 lagu berjudul Snoop Dogg Presents THE ALGORITHM – untuk pasaran dunia dengan pelancaran ALGORITHM (The Global Edition). Persembahan terbaharu ini masih menampilkan 25 trek asli dalam album asal namun menambah 15 trek unik yang dirakam semula secara bonus yang diilhamkan daripada versi asal.


Setiap lagu baharu tersebut memaparkan satu atau lebih artis dari senarai syarikat rakaman Universal Music Group (UMG) dari seluruh dunia, dan membawa hampir 50 bintang hip-hop dan R & B ke dalam album tersebut.


ALGORITHM adalah sebuah projek yang sangat istimewa buat saya atas pelbagai sebab," kata Snoop Dogg semasa pelancaran album itu tiga minggu lalu pada tanggal 19 November 2021. "Saya teruja untuk persembahkan album ini kepada semua peminat saya di seluruh dunia sebagai yang pertama di bawah Def Jam Records. Bersama beberapa rakan lama dan pengenalan kepada beberapa artis generasi baharu syarikat rakaman ini, kami sedang mengubah gelanggang seni dengan membawa perasaan masuk Kembali ke dalam muzik.” kata Snoop.


Album Snoop Dogg: Algorithm (The Global Edition) merupakan lanjutan kepada album Snoop yang terbaharu iaitu Snoop Dogg: Algorithm yang menampilkan 50 artis dari pelbagai rantau dan Joe Flizzow telah dipilih secara peribadi oleh Snoop sendiri untuk dipaparkan dalam lagu Alright Redman & Method Man serta Nefertitti Avani.


“Saya sangat bangga dan gembira melihat bendera Malaysia terpampang pada poster rasmi album untuk karya Snoop, Algorithm (Global Edition). Method Man & Redman merupakan legenda industri hip-hop dan merekalah sebab utama saya jatuh cinta pada muzik rap sebelum saya bergelar penyanyi. Berkongsi ruang dalam lagu bersama dengan Method Man dan Redman sambal diperkenalkan oleh Snoop Dogg dalam pengenalannya adalah sebuah mimpi yang menjadi kenyataan. Saya rasa ini adalah salah satu impian saya yang terkabul. Impian saya seterusnya adalah untuk menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaharu saya “Johan” yang akan terbit tahun depan,” kata Joe Flizzow.


Keseimbangan adunan semula ALGORITHM (The Global Edition) memperkenalkan artis tersohor dan yang baru mencipta nama di bawah UMG dari setiap penjuru dunia.


“Terdapat begitu banyak bakat dalam album ini,” kata Snoop, “pelbagai gaya muzik, ia memecah algoritma. Kini, algoritmanya memberitahu anda untuk mendendangkan rap sebegini, anda perlu kedengaran seperti ini, namun tidak menjelaskan perasaan yang harus dirasai. Algoritma saya akan memberikan anda satu perasaan bukan sekadar bunyi,” tambah Snoop.


“Kerjasama ini bermula dengan sebuah mesyuarat ZOOM di antara Snoop Dogg dan saya. Kami memainkan beberapa lagu Def Jam SEA untuk beliau pertimbangkan dan beliau memberitahu yang beliau ingin menampilkan Yung Raja dan saya sendiri. Ini satu langkah yang besar untuk dunia hip hop tempatan dan ASEAN. Saya harap ini akan membuka lebih banyak peluang di masa hadapan,” kata Joe Flizzow.


Sedar akan potensi global Yung Raja yang semakin mengukuh, Snoop Dogg menjemput Yung Raja untuk menyertai senarai penuh bintang hip-hop dalam ALGORITHM (The Global Edition) , sebagai satu-satunya bintang Singapura yang membawa obor hip-hop di dunia.


Yung Raja kini bersedia untuk mencipta sejarah hip-hop dengan 'Qualified', sebuah lagu baharu dengan legenda rap, Snoop Dogg. Berlatarbelakangkan rentak 'old school' yang penuh perasaan oleh penerbit Nottz (Busta Rhymes, Ghostface Killah, Pusha T), Yung Raja memaparkan apa yang membuatkan dia 'layak' untuk berdiri di samping mereka yang hebat, dalam jalinan lirik bahasa Inggeris dan Tamil dengan mudahnya. , bersama penyanyi hip-hop baru Larry June dan penyanyi R&B October London.


"Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk berada dalam rekod yang sama dengan seseorang yang legenda seperti Snoop Dogg," kata Yung Raja. "Saya membesar mendengarnya sama seperti peminat hip-hop yang lain. Sebagai seorang budak Tamil Singapura, ini pastinya salah satu detik paling ikonik dalam hidup saya. Saya sangat bersyukur saya dapat berkongsi ini dengan anda. Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga Def JamRecordings saya kerana menjayakan perkara ini!” kata Young Raja


Comentários


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page