top of page

STESEN RADIO ZAYAN ANJUR KEMPEN SEMPENA SAMBUTAN HARI HIJAB SEDUNIA



Sempena sambutan Hari Hijab Sedunia, ZAYAN, jenama radio Muslim moden kontemporari, melancarkan ‘ZAYAN Bulan Hijab Sedunia’, untuk diraikan bersama para peminat dengan pelbagai pengisian dan aktiviti menarik yang bakal dijalankan menerusi siaran radio dan di platform digital ZAYAN, sepanjang Februari ini.


Antara pengisian yang bakal dikongsikan bersama peminat menerusi ‘ZAYAN Bulan Hijab Sedunia’ merangkumi perbincangan tentang topik-topik dalam memperkasakan wanita berhijab di Malaysia. Peminat bakal didedahkan dengan perbincangan menarik seperti penggayaan fesyen, gaya hidup, bidang kerjaya, sudut pandang pemakaian hijab yang sempurna dan lebih lagi. Perkongsian ini akan dikendalikan oleh Lin Ariffin, personaliti ZAYAN, menerusi segmen #ZOTD (ZAYAN Of The Day), yang ke udara pada setiap Isnin hingga Jumaat, 10 pagi hingga 3 petang.


Selain itu, di platform digital ZAYAN, para peminat ZAYAN dipelawa untuk menyertai ‘ZAYANHijabChallenge’, sebuah cabaran santai untuk melihat kepakaran dan gaya pemakaian hijab daripada para peminat yang dibuka dari sekarang hingga 28 Februari menerusi platform Instagram.


Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry berkata, “Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan semasa pandemik ini, ZAYAN tampil untuk meraikan Bulan Hijab Sedunia bersama para peminat ZAYAN secara digital. Menariknya pada kali ini, pengajuran ‘ZAYAN Bulan Hijab Sedunia’ yang diwakili oleh Lin Ariffin, personaliti #ZOTD dan juga seorang ikon wanita Muslim moden, bakal mengetengahkan pelbagai pengisian yang telah diatur seperti perkongsian ilmu di ruang udara, aktiviti #ZAYANHijabChallenge di media sosial dan sebuah majlis ilmu menerusi ‘Hijabi Online Gathering ZAYAN’. Para peminat dijemput untuk berhibur dan mendapat manfaat daripada aktivti-aktiviti ini.”


Peminat boleh menyertai cabaran ini dengan memuat naik video memakaikan hijab kepada pasangan ataupun rakan mereka, yang disertakan dengan tanda pagar #ZAYANHijabChallenge. Penyertaan yang menarik dan kreatif akan memenangi hadiah eksklusif ZAYAN termasuk sehelai selendang sumbangan Najah Boutique, serta kemeja T dan beg jinjing (tote bag) ZAYAN.


Para peminat ZAYAN juga boleh menyaksikan ‘Hijabi Online Gathering ZAYAN’, sebuah perkongsian menarik tentang ilmu, persoalan dan pemahaman tentang pemakaian hijab bersama Ustazah Noni Imtyaz, pakar motivasi dan penceramah bebas, Farah Asyikin, penyanyi dan selebriti tanah air, Bahiyya Haneesa, kumpulan acapella yang serba berbakat, Ami Borhan, selebriti media sosial, bersama ramai lagi tetamu jemputan, bakal disediakan kepada semua peminat pada 24 Februari menerusi platform Facebook, Instagram dan YouTube ZAYAN.


Pengajuran ‘ZAYAN Bulan Hijab Sedunia’ juga bertujuan meningkatkan pemahaman masyarakat tentang keperluan untuk memakai hijab dengan sempurna, dan sebagai tanda peringatan serta penghargaan ZAYAN kepada semua wanita Muslim yang berhijab.


Komentarze


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page