top of page

TEMA KOMEDI BENCANA DAN LEE KWANG SOO DALAM FILEM KOREA 'SINKHOLE' DI GSC



'Sinkhole' merupakan sebuah filem Korea Selatan terbaru yang dibawakan oleh Encore Films yang bakal ditayangkan di seluruh rangkaian pawagam GSC bermula 28.10.2021 ini. Filem ini bertemakan komedi ‘bencana’ dan diarahkan oleh Kim Ji-hoon serta dibintangi oleh Cha Seung-won (Three Meals A Day), Kim Sung-kyun (Reply 1988), Lee Kwang-soo (The Running Man) dan Kim Hye-jun (Kingdom).


Filem Sinkhole berkisar tentang kisah sebuah keluarga baru berpindah ke apartmen baru yang dibeli setelah berkerja selama 11 tahun, namun kegembiraan tersebut tidak berpanjangan apabila keseluruhan struktur apartmen tersebut jatuh ke dalam lubang benam sedalam 500 meter di bawah tanah dalam satu minit.


Filem Sinkhole dihasilkan dengan kos berjumlah ₩15 bilion itu, pada awalnya dijadualkan untuk tayangan di Korea Selatan pada 2020 tetapi ditangguhkan kerana penularan semula wabak COVID-19 yang melanda Korea Selatan. Filem ini kemudian membuat penampilan sulung untuk tayangan perdana dunia pada 6 Ogos lalu, di Festival Filem Locarno ke-74 yang diadakan di Locarno, Switzerland dan ditayangkan di pawagam di Korea Selatan bermula pada 11 Ogos 2021.


Filem Sinkhole menjadi filem Korea terpantas pada tahun 2021 mendapat box office iaitu dalam masa 6 hari selepas ditayangkan. Selain dari tema komedi ‘bencana’ yang menjadi kekuatan film ini, tidak dinafikan kehadiran Lee Kwang Soo (The Running Man), benar benar berjaya menarik ramai penonton untuk menonton filem ini.



Sinopsis


Park Dong-won (Kim Sung-kyun) dan keluarganya berpindah ke rumah apartmen yang baru dibelinya selepas 11 tahun bekerja. Mereka kemudian mengadakan majlis ‘house warming’ dan menjemput rakan-rakan mereka. Hujan lebat semalaman di kejiranan tersebut menyebabkan lubang benam yang sangat besar, dan dalam masa satu minit, ia telah menenggelamkan keseluruan struktur apartmen bersama orang yang berada di dalamnya.


Jauh di dalam lubang, Park, jirannya Jeong Man-soo (Cha Seung-won) dan kesemua tetamu yang datang ke majlis tersebut perlu mencari jalan keluar. Dalam penantian mereka menunggu bantuan, hujan kembali turun hingga memenuhi lubang benam tersebut dengan air. Keadaan tersebut memaksa mereka untuk mencari penyelesaian sebelum kesuntukan masa.




Rebiu:

Filem Sinkhole adalah satu filem dengan tema bencana terbaik yang pernah ditonton. Sinematografinya sangat baik, dan persembahan oleh setiap pelakonnya merealisasikan setiap watak sungguh luar biasa. Pengarah Kim Ji-hoon juga berjaya mengimbangi elemen komedi dan kesedihan dalam filem ini . ⭐⭐⭐⭐/5

Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page