top of page

'THE CATCHER' BAKAL JADI FILEM TERMAHAL DI MALAYSIA


Filem bercorak aksi lumba kereta jalanan 'street racing', 'The Catcher' yang akan diterbitkan tidak lama lagi dikhabarkan bakal menjadi filem termahal dalam sejarah perfileman Malaysia. Dalam satu sidang media serta pelancaran projek filem tersebut yang diadakan semalam, filem ini bakal dihasilkan dengan kos pembikinan bernilai RM50 juta hasil kerjasama Labuan Overseas Holding Berhad dan Robotz, dan diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd.


Menurut En Ong Peng Chu, pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd., kos penerbitan filem 'The Catcher' menelan kos yang besar kerana ia bakal melibatkan sebanyak 500 buah kereta berkuasa tinggi "Supercars" pelbagai jenama serta pembangunan Port Dickson Bay Studio yang bakal menjadi lokasi pengambaran filem tersebut.


"Kita akan memanfaatkan ciri-ciri sesebuah jenama yang tersendiri dan nilai sejarah perniagaannya untuk membangunkan harta intelek (IP) bersama dengan akreditiasi bernilai tinggi, berdasarkan jenama-jenama prestasi kereta lumba yang boleh dijadikan tarikan seperti jenama hotel, bandar automotif, stesyen minyak, taman tema dan sebagainya. Sebahagian dari filem ini akan difilemkan di Port Dickson Bay. Ini bukan sahaja meransang pasaran industri perfileman tetapi juga dapat mempromosikan pelbagai aktiviti termasuk pembangunan Port Dickson Bay Studio yang dapat meningkatkan industri pelancongan & hospitaliti, peruncitan, F&B, hartanah, automotif dan sebagainya," jelas beliau.


Sementara itu menurut pengasas Robotz, Dato' Sri Jeffrey Teoh, dengan bajet melebihi RM 50 juta, filem "The Catcher" akan memaparkan gaya hidup dan budaya pengubahsuaian kereta di Malaysia. Filem ini juga akan memecahkan rekod dunia dengan menampilkan 500 buah "supercar" dalam filem ini. Kesemua kereta yang digunakan dalam filem ini dimiliki oleh ahli-ahli Robotz Car Club, yang turut menyumbangkan wang tunai dalam pengumpulan dana untuk filem ini.

Supercar disukai oleh semua orang, dari pelbagai latar belakang. Sebagai peminat "supercar", kami di Robotz diinspirasikan oleh kejayaan francais filem "Fast & Furious" lakonan Vin Diesel dan Paul Walker, dan kami berharap untuk mengulangi kejayaan filem tersebut. Penglibatan dalam menghasilkan sejarah melalui filem yang memecahkan rekod ini memberikan kegembiraan dan kebanggaan kepada kami”.


(Dari kiri ke kanan) Joe Lim, Bapa Sukan Permotoran China; Dato’ Sri Jeffrey Teoh, Pengasas Robotz; Ong Peng Chu, Pengasas Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd; Mr. Burhanudin bin Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif, Labuan Overseas Holding Berhad

Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Berhad, En Burhanudin bin Mohd Yusoff berkata, "Kami berjaya menjana dana untuk projek-projek dalam dan luar negara, tetapi ini merupakan projek yang amat menarik. Kami menyokong projek ini, bukan sahaja kerana ia akan memecah rekod, tetapi kerana tarikan nilai tambahan kepada para pelabur yang berpotensi. Ianya menjadi kebiasaan untuk filem yang luar biasa seperti ini menarik perhatian ramai, terutamanya pelabur-pelabur yang bernilai tinggi. Kami teruja dengan pelancaran filem ini, dan kami menantikan untuk membangunkan perniagaan yang berpotensi besar untuk peluang pelaburan dalam industri permotoran, secara langsung dan tidak langsung, menuju untuk pemulihan ekonomi Malaysia”.


Pembikinan filem "The Catcher" turut akan melibatkan En Joe Lim yang turut dikenali sebagai "Bapa Sukan Permotoran China' sebagai penasihat kerana pengalaman beliau yang luas dalam aspek kejuruteraan dan teknikal serta individu yang bertanggungjawab memperkenalkan sukan permotoran di China.


“Di China, saya mendapati bahawa apa yang kita lakukan di dalam litar menjadi pemangkin kepada pasaran dan memberi persepi terhadap kereta. Dengan memperkenalan siri FIA yang asas dan ketahap yang lebih tinggi seperti Formula Grand Prix di Shanghai, kejayaan sukan permotoran sebagai model perniagaan menjadi jelas. Dan dari itu, saya melihat potensinya dari permulaan industri ke arah menerajui pembangunan kereta bagi pasaran China".



Pengambaran beberapa babak di dalam filem ini juga bakal dilakukan sekitar Gurun, Kedah. Bandar ini bakal menonjolkan hotel berjenama kereta antarabangsa terkenal, sebuah litar perlumbaan Formula 3 / GT / EV (Formula E) dan litar perlumbaan drag, servis penambahbaikkan dan modifikasi, akademi memandu speed-safety yang diakreditasi, dan sebuah Kolej Kejuruteraan Automatif. Gurun didapati berpotensi untuk menjadi lokasi perfileman bagi penggiat filem penuh aksi antarbangsa. Bandar bertema ini juga bakal menjadi lokasi perfileman rasmi untuk siri TV antarabangsa dan filem tayangan yang berkait dengan francais “The Catcher”.


Skrip untuk filem ini akan dimuktamadkan dan pencarian bakat bakal menyusul. Produksi untuk ‘The Catcher’ bakal bermula pada tahun 2022 dengan jangkaan siap pada tahun 2023 sebagai filem yang mempunyai bajet yang tertinggi di dalam sejarah Malaysia.

Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page