top of page

UNKNOWN MAHU CIPTA FENOMENA



Setelah sekian lama dinanti-nantikan ramai, Unknown akhirnya muncul dengan buah tangan’pertama mereka yang berjudul “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Biarpun kewujudan Unknown dilihat masih ‘mentah’ dalam arena muzik tempatan, namun ia tidak bermaksud mereka tidak serba boleh. Malahan, bakat besar mereka jelas terserlah menerusi kemahiran nyanyian dan tarian yang dilihat ramai dalam single pertama mereka, “Jangan Marah (Baby Sayang)”.


Bernaung di bawah Ace Talents, Kumpulan Unknown, dianggotai lima remaja berbakat yang lengkap dengan warna dan personaliti tersendiri. Mereka terdiri dari Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Adam Hafidh (MaryHaf), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18, dan Ameer Nor Azam (Ameer), 18, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17.


Turut mengujakan, lagu single terbabit juga menerima sentuhan daripada salah seorang anggota Unknown, iaitu Momo, yang terlibat dalam proses penulisannya, bawah bimbingan‘sifu’ Azan Addin yang merupakan sebahagian daripada tulang belakang Ruffedge. Lantaran itu, memadai sahajalah mereka mengambil inspirasi daripada kumpulan legenda hip hop dan R&B yang terkenal itu (Ruffedge), sambil dalam proses mencari identiti dan gaya mereka tersendiri, dalam usaha mengukuhkan lagi ‘tapak’mereka sebagai penghibur dalam dunia muzik.


Azuien Alonto, selaku Pengarah Urusan Ace Talents yang teruja dengan‘anak buahnya’ itu turut berkata, “Saya yakin bahawa Unknown mampu mencetuskan fenomena selain bersaing dengan bakat-bakat lain dalam industri muzik tempatan. Secara peribadinya, saya memilih setiap ahli Unknown kerana potensi dan bakat besar yang dimiliki mereka tidak dapat disangkal lagi, selain berusaha untuk menjadikan mereka pelapis baru dalam arena muzik Malaysia. Dengan adanya kolaborasi Ace Talents bersama Universal Music Malaysia sebagai distributor, saya juga berharap agar Unknown dapat pergi lebih jauh ke peringkat lebih tinggi”


Perjalanan Unknown sebagai sebuah kumpulan menemui titik permulaannya apabila kelima-lima anggota kumpulan terbabit hadir ke sesi uji bakat yang dianjurkan oleh Ace Talents secara individu. Melihat potensi besar yang dimiliki dalam diri masing-masing, Ace kemudiannya berkeputusan menggabungkan kesemua ahli tersebut yang pada awalnya berjaya disenarai pendek menjadi sebuah kumpulan, bertujuan untuk menguatkan lagi kekuatan masing-masing. Sejak dari itu, Unknown mula menjalani pelbagai latihan vokal dan tarian bawah bimbingan tenaga pengajar Ace.


Single pertama Unknown,“Jangan Marah (Baby Sayang)” kini boleh didengarkan di Youtube Ace Talents pada 28 Mei dan di semua pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, Apple Music dan lain lain bermula Jun ini. Ikuti aman sosial Ace Talents (Instagram,TikTok,Facebook) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan artis-artis di bawah pengurusan Ace Talents.

 


Penyanyi : Unknown

Tajuk lagu : Jangan Marah ( Baby Sayang) Muzik Label : Ace Talents

Lirik : Momo & Mary Haf

Producer : Momo & Azan Addin


Intro


Baby sayang,

jangan marah.

Ku tahu ku bersalah,

ku tak sengaja.


Mungkin salahku,

buat kau tunggu.

Maafkan aku,

melewatkan mu.


Chorus


Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku

Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Verse 1


from the S to the Ace yea

Satu nafas se udara

Dua hati tak sejiwa,

Jiwa sakit simpan luka,

Luka lama cerita lama,

Lama sudah tak semuka,

Yang pasti banyak sengketa bila kita bertentang mata.


Anggapan mu ku

pendusta,pembunuh,pemusnah, Titian dibina kita binasa,

Ternyata semua fatamorgana Hancur paraphernalia,

Cinta manusia tiada yang kekal lama.


Pre-chorus


Baby sayang,

jangan marah.

Ku tahu ku bersalah,

ku tak sengaja.


Mungkin salahku,

buat kau tunggu.

Maafkan aku,

melewatkan mu.


Chorus

Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku


Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Verse 2


sheesh

Percayalah,

perkara ku buat tidak sengaja Jangan marah,

nanti kau akan cepat tua,


Ku takkan menduakan diri kamu No no no

Kerna dalam hatiku hanya kau yang satu

Ya ya ya


Dancebreak

say what !

woah woah

woo !

yeayea

lets go

break it down like

semua !


Pre-chorus


Baby sayang,

jangan marah.

Ku tahu ku bersalah, ku tak sengaja.


Mungkin salahku,

buat kau tunggu.

Maafkan aku,

melewatkan mu.


Chorus


Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku


Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Outro


Jangan marah sayang no jangan marah sayang, ku tahu ku bersalah biarku mengalah. (x2)


Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page