USANITA-KPLB BANTU GOLONGAN TERJEJAS PERNIGAAN MELALUI PROGRAM PENJENAMAAN DAN PENDIGITALAN
USANITA, sebuah badan pemudahcara persendirian di dalam bidang keusahawanan yang menghubungkan usahawan-usahawan terutama golongan B40 dan M40 kepada pihak kementerian berkaitan, hari ini melancarkan program PERINTIS USANITA - PENJENAMAAN DAN PENDIGITALAN BERSAMA KPLB.
Majlis pelancaran program PERINTIS USANITA - PENJENAMAAN DAN PENDIGITALAN BERSAMA KPLB ini dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Mahdzir Khalid. Turut hadir pada perasmian tersebut adalah Timbalan Menteri 1 KPLB, Dato Sri Haji Abdul Rahman Mohamed; Ketua Setiausaha KPLB, Dato Raman Harun serta Pengarah Urusan V5, Datuk Haji Mod Syafiq Abdullah.
Program PERINTIS USANITA - PENJENAMAAN DAN PENDIGITALAN BERSAMA KPLB diadakan bagi memperkasakan semula
golongan B40 dan M40 melalui bidang perniagaan ekoran keadaan ekonomi yang mendesak akibat penularan pandemik Covid-19 hingga menyebabkan krisis pekerjaan sekaligus meningkatkan kadar pengangguran di negara kita.
Justeru itu, USANITA mengambil langkah seiring dengan aspirasi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk sama-sama membangunkan para usahawan dalam era Industri 4.0 menerusi penjenamaan dan pendigitalan terutama bagi kalangan usahawan B40 serta M40.
"Rata-rata usahawan terjejas akibat serangan pandemik dan selama dua tahun kita dibelenggu virus maut itu yang membuat kita 'mati akal' seketika. Kami di USANITA melihat impak ini sebagai inisiatif bar bagi melonjak kembali golongan B40 untuk kembali membina ekonomi keluarga dan perniagaan.
"Selari dengan aspirasi kerajaan tentang Wanita Bangkit Mendepani Cabaran, USANITA cuba menyuntik semangat usahawan IKS B40 dengan program dan webinar bagi mereka dalam mendepani cabaran pandemik ini. Hubungan baik di antara USANITA dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selama ini juga memberi banyak peluang dan sokongan buat wanita yang terkesan dengan Covid-19 dalam menceburi bidang perniagaan.
“Untuk program kali ini, USANITA dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar, akan bergerak seiring membantu mereka yang terjejas dan alhamdulillah, kami turut bawakan Datuk Rosyam Nor untuk merealisasikan obiektif pengukuhan semula ekonomi golongan berkenaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datin Adzliana Binti Prof. Dato' Sri Dr. Hasan yang mengharapkan jalinan hubungan dengan kementerian-kementerian lain juga dapat membantu memperkasa dan memajukan ekonomi negara.
Menurut ahli perniagaan wanita berjaya ini, sudah tiba masanya untuk golongan usahawan menggunapakai teknologi pendigitalan secara menyeluruh bag mencapai sasaran pembeli dengan lebih mudah, pantas dan murah.
Datin Adzliana Binti Prof. Dato' Sri Dr. Hasan dan Datuk Rosyam Nor mengiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Seri Mahdzir Khalid menyantuni peserta Program PERINTIS USANITA - PENJENAMAAN DAN PENDIGITALAN BERSAMA KPLB di WTC hari ini.
Bercakap mengenai penjenamaan, Datuk Rosyam Nor yang turut terlibat dalam program ini menyifatkan dalam kehidupan seharian kita harus mempunyai penjenamaan terutama bagi mereka yang terlibat di dalam perniagaan.
"Segala yang ada di dalam kehidupan ini mesti ada penjenamaan, apatah lagi bisnes. Bila kita datang dengan bisnes, tentunya kita mesti ada nama yang baik untuk sesebuah produk, syarikat mahupun individu perseorangan. Tanpa jenama, orang sukar kenal. Bagi saya, orang bisnes wajib ada penjenamaan yang kukuh dan sesuai dengan barangan yang diniagakan.
"'Era digital sudah sampai klimaks kerana a telah bermula sejak 1969. Kedatangan Covid-19 mengajar semua orang tentang erti kepayahan baik hidup mahupun bisnes tetapi di dalam yang sama a mendidik tentang transformasi.
"Sebelum ini kita sangat kurang menggunakan digital online untuk perniagaan tetapi hari ini ia menjadi keutamaan. Sudah menjadi kewajipan untuk mereka mendigitalisasi bisnes kalau mahukan jualan melambung tinggi. Cara lama tidak salah tetapi kalau mahukan perniagaan yang efektif, gunalah digital," kata Datuk Rosyam Nor.
Menurut usahawan selebriti itu, pendigitalan mampu menyebarkan kehadiran sesebuah produk di kawasan yang lebih las, jauh dan melampaui sempadan.
"2021 adalah permulaan kepada 10 tahun mendatang, dan tahun 2022 sudah tangga masuk ke tahun kedua. Ini langkah yang harus diambil oleh usahawan untuk menjadikan perniagaan mereka dalam bentuk digital tapa meninggalkan fizikal.
Sehinggalah mereka selesa dengan digital, dan perlahan-lahan boleh tinggalkan fizikal," katanya.
Comentarios