top of page

'YA HABIB' HADIAH ISTIMEWA DA'I SYED BUAT PEMINAT


Syed Shah Iqmal, atau lebih senang dengan panggilan Da’i Syed memulakan deruan langkah sebagai Pendakwah Bebas apabila Berjaya menduduki tempat keempat (4) keseluruhan melalui Rancangan Realiti Islamik, “Da’i Pendakwah Nusantara” (Musim 4) pada tahun 2016.


Dengan penampilannya yang bersahaja atau ‘hip’, sesuai dengan tona umur muda-mudi, Da’i Syed telah megharumkan nama Negara dengan meraih tempat ketiga apabila beliau mewakili Malaysia dalam program Akademi Sahur Indonesia (AKSI) pada tahun 2018 dan sekaligus mengukuhkan lagi personifikasinya sebagai Pendakwah Bebas.


Langkah yang tadi hanyalah deruan, mula menebarkan perhatian apabila beliau mula melabuhkan kaki dalam Industri Muzik tanah air dengan cover pertama berjudul ‘Albi Nadak’ (2020) dan diikuti dengan cover kedua, juga pada tahun yang sama berjudul ‘Ya Agmal Eyoun’ (2020) .


Dengan memperkenalkan amalgamasi musik moden dan tradisional timur tengah, disulamkan dengan personifikasi vokal Da’i Syed, kedua-dua single ini telah mendapat sambutan hangat dan perhatian oleh peminat-peminat dan penggemar muzik tanah air.


Tahun ini, Da’i Syed bakal mengeluarkan single terbaru yang berjudul ‘YA HABIB’ dan ini membawa imej yang baru untuk Da’i Syed kerana genre yang diketengahkan adalah Pop Elekronik dengan campuran Muzik Arab dan juga Muzik Asia. Ini adalah satu gabungan yang mampu untuk memberikan nafas baru kepada Da’i Syed, kembali memberi inspirasi kepada peminatnya.


‘YA HABIB’ , merupakan single ketiga oleh Da’i Syed yang mengisahkan tentang seseorang yang sedang mencari arah tuju hidup di mana dia telah terima didikan dari seorang guru sebelum meneruskan perjalanan. Walaupun berbekalkan ilmu gurunya, perjalanan hidup yang diteruskan tidak seperti yang disangka. Ini memaksa dia untuk pulang semula kepada gurunya, ditemani rintihan tentang dunia yang dikejarnya.


Lagu ini dihasilkan oleh Blackdeer Entertainment yang diwakili oleh komposer-komposer Adam Armin, Yusuff Khan, Ryan Deedat dan Adly Kiddy, dengan lirik hasil nukilan Da’i Syed sendiri untuk julung kali. Menariknya lirik lagu 'Ya Habib' dicipta oleh Da'i Syed sewaktu beliau berada selama 19 hari didalam tahanan di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang, Disember tahun lalu .


Dalam perkembangan yang sama, syarikat kosmetik tempatan, Dyxy Cosmetic turut melancarkan koleksi wangian terbaru DYXY Ya Habib Collection. Pada majlis pelancaran koleksi tersebut yang telah berlansung semalam, Dyxy Cosmetic yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, En. Shah Hafiz telah mengumumkan Da'i Syed sebagai duta kepada koleksi tersebut.


"Ini adalah kolabrasi kami yang pertama bersama Da'i Syed dalam mengeluarkan koleksi wangian Ya Habib edisi khas untuk penyokong serta peminat beliau.Pihak kami teruja dengan semangat Dai Syed yang ingin turut serta memberi impak baru kepada usahawan-usahawan di Malaysia," ujar En. Shah Hafiz.


Menurut Shah Hafiz lagi, Dyxy Cosmetic hanya akan megeluarkan sebanyak 5000 botol edisi khas Koleksi Haruman Eksklusif 'Ya Habib' yang boleh mula ditempah mulai hari ini serentak dengan pelancaran muzik video Ya Habib di Youtube. Bersempena dengan itu juga, pihak Dyxy Cosmetic akan mengadakan sesi 'meet and greet' dan 'shout out' pada 5 Mac 2021 serta turut menyediakan 25 cabutan bertuah untuk pembeli-pembeli bertuah koleksi tersebut .


Lagu 'Ya Habib' akan dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman muzik bermula hari ini, 5 Mac 2021. Pada hari yang sama, turut ditayangkan video muzik rasmi lagu 'Ya Habib' di saluran YouTube DYXY Media dan BlackDeer Entertainment pada jam 9 Malam.


Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page