top of page

YES DATABACK BERI GANJARAN DATA PERCUMA KEPADA PELANGGAN SHOPEE



Pembeli dalam talian Malaysia kini mempunyai sebab baru untuk terus berbelanja di dalam talian, kerana mereka kini boleh mendapat ganjaran data percuma YES DATABACK apabila mereka membeli barangan keperluan, aksesori fesyen, barangan penambahbaikan rumah, produk kecantikan dan kesihatan serta banyak lagi di Shopee.

YTL Communication hari ini mengumumkan pelancaran tonggak keempat inisiatif YES Kasi Up yang sedang berlangsung iaitu YES DATABACK, eksklusif untuk para pengguna Shopee.

YES DATABACK menawarkan data percuma kepada para pengguna apabila mereka membeli-belah di dalam platform rakan niaga YES. Pelanggan Shopee kini boleh mula mendapatkan 5GB data percuma dengan setiap pembelian RM50 di Shopee, dan menerima sehingga 100GB setiap bulan. Untuk tempoh yang terhad, YES turut menawarkan pelan YES Kasi Up Prepaid 15, yang berharga RM15 sebulan dan didatangkan dengan 10 GB data sah untuk tempoh selama 30 hari, pada harga hanya RM1 bagi mereka yang pertama kali membeli kad SIM YES di dalam Shopee. Pek kad SIM tersebut akan dihantar terus ke rumah para pengguna Shopee secara percuma.

Pengarah Urusan YTL Communications, Dato’ Yeoh Seok Hong ketika bercakap kepada media menjelaskan bahawa, kepesatan proses digitalisasi pengalaman membeli-belah pengguna sejak kebelakangan ini menuntut perniagaan agar merenung jauh ke hadapan bagi menerokai cara baru untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pengguna di dalam ruang digital, termasuk membantu rakyat berjimat ketika berbelanja.

“Misi kami untuk membantu pendigitalan negara dengan pelan paling mampu milik di pasaran bermula dengan pelancaran inisiatif Kasi Up kami minggu lalu. Kerjasama dengan Shopee ini yang memberikan data percuma kepada rakyat sambil mereka membeli barang keperluan harian mereka jelas menunjukkan semangat Kasi Up kami. Kami mewujudkan kitaran kepenggunaan yang sangat berbaloi dengan mengembalikan lebih nilai bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh rakyat. Dan kami mahu membantu mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya ekonomi digital, untuk berurus niaga di dalam talian. Kami mahu menjadikan data mampu dimiliki dan diakses oleh semua, di samping mendemokrasikan e-Dagang. Mengambil penawaran terbaik syarikat telekomunikasi, dan meletakkannya ke dalam ruang peruncitan,” kata beliau.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho ketika mengulas mengenai kerjasama ini berkata, “Penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah meningkatkan kebergantungan dan penggunaan Internet oleh rakyat Malaysia dalam semua aspek kehidupan, termasuklah membeli-belah dan hiburan di dalam talian. Kepentingan data dan e-Dagang yang semakin meningkat dalam kehidupan pengguna mendorong kami untuk bekerjasama dengan YES bagi menawarkan sesuatu yang sangat istimewa kepada rakyat Malaysia, program ganjaran pertama seumpamanya yang memberikan insentif data percuma kepada para pengguna apabila mereka berbelanja di dalam Shopee. Data percuma ini boleh digunakan untuk membuat kerja, pendidikan, penstriman video dan banyak lagi. Kami berharap kerjasama dengan YES ini dapat memberikan manfaat sambil kami terus bekerjasama bagi memberikan kemudahan serta nilai yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia.”



Dalam satu pembentangan yang memperincikan bagaimana pelanggan Shopee boleh mendapatkan serta menebus YES DATABACK, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee menjelaskan bahawa prosesnya adalah mudah. Pelanggan hanya perlu pergi ke Shopee, beli SIM YES pada harga hanya RM1, dan ianya akan dihantar ke rumah mereka secara percuma. Selepas mereka mengaktifkan SIM berkenaan melalui aplikasi MyYes, mereka boleh mula merujukkan pelan YES Kasi Up kepada rakan-rakan serta ahli keluarga mereka, dan meraih pendapatan menerusi program Kasi Up Refer & Earn, memberikan mereka wang yang diperlukan untuk membeli barangan keperluan harian.


“Pendapatan yang diraih oleh mereka melalui program Kasi Up Refer & Earn, ditambah pula dengan nilai terbaik yang ditawarkan oleh Shopee kepada para pembeli, bermakna pengguna akan lebih mampu untuk memenuhi keperluan keluarga mereka. Dan apabila mereka berbelanja, mereka akan mendapat data percuma. Data percuma tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran, menjalankan urusan perniagaan mereka, menyertai ekonomi internet, dan membeli barangan keperluan mereka di dalam talian. Ia bertujuan untuk mewujudkan aliran tunai serta data yang berterusan bagi setiap rakyat Malaysia. Semua orang boleh menjana pendapatan, memanfaatkan ekonomi digital, berhubung dan membeli-belah di dalam talian,” kata Lee.


YES DATABACK diperkenalkan sejurus selepas tiga tonggak utama inisiatif YES Kasi Up dilancarkan pada minggu lalu iaitu YES Kasi Up Prepaid 15, yang menawarkan pelan harga terendah di pasaran RM15 sebulan dengan jumlah data tertinggi dan tempoh sah paling lama; Kasi Up Postpaid 49, yang didatangkan pada harga RM49 sebulan untuk 100GB data, dengan 6 bulan langganan percuma untuk kontrak selama dua tahun, serta program YES Kasi Up Refer & Earn, yang membolehkan pelanggan YES meraih pendapatan RM50 setiap kali mereka merujukkan YES kepada rakan-rakan serta ahli keluarga mereka, di mana rakan-rakan serta ahli keluarga mereka juga akan mendapat ganjaran tunai yang sama. Kasi up adalah kata-kata semangat yang sering diungkap oleh rakyat Malaysia, yang bermaksud memberikan seseorang itu dorongan atau bantuan yang diperlukan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tonggak keempat inisiatif YES Kasi Up yang sedang berlangsung iaitu YES DATABACK, eksklusif untuk para pengguna Shopee, sila kunjungi https://shopee.com.my/m/yes-free-databack.



Comments


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page