Rebiu : Aladdin - A Musical Comedy Reloaded
Semalam di PJ Live Arts, Petaling Jaya berlansung persembahan Aladdin - A Musical Comedy Reloaded. Pementasan yang telah masuk malam ke-enam ini, sangat meriah dan penuh dengan warna warni. Idea asal pementasan ini adalah berikutan kejayaan serta maklumbalas positif yang diterima oleh produksi Enfiniti Vision Media bagi pementasan Seussical- The Broadway Musical pada tahun 2014.
Aladdin -A Musical Comedy Reloaded mula dipentaskan secara pantomim pada tahun 2015. Berikutan sambutan yang menggalakkan , naskah ini dipentaskan kembali pada tahun ini. Kisah yang di ambil dari dongeng Aladdin ini, di garap semula oleh Enfiniti Academy, yang diasaskan oleh Puan Seri Tiara Jacquelina dengan idea idea lebih lucu, segar serta sarat dengan elemen musikal interaktif yang digabungkan lawak jenaka yang bertemakan senario semasa , komedi slapstik serta barisan lagu lagu popular yang diberi susunan semula yang mampu membuat semua penonton ketawa . Gabungan pelakon cilik dan profesional menjadikan pementasan kali ini juga dilihat berjaya membawa kelainan dari naskah sebelum ini.
Sinopsis:
Berkisah tentang ahli sihir jahat, Abanaza (Peter Davis) yang mencari lampu ajaib yang didalamnya ada Jin yang sangat berkuasa bagi tujuan menakluk dunia. Bagi mendapatkan lampu berkenaan,atas nasihat Penunggu Cincinnya, (Tria Aziz), Abanaza diminta untuk mencari seorang pemuda yang berjiwa murni, bernama Aladddin (Jayson Phuah)
Setelah puas mencari , maka bertemulah Abanaza dengan Si Janda Twanky (Rashid Salleh) seorang pengusaha toko dobi, yang diperakukan sebagai isteri kepada mendiang adiknya serta bapa saudara kepada Aladdin dan abangnya Wishee Washee (Brian Chan)
Aladdin dalam masa yang sama telah jatuh cinta dengan Tuan Puteri Kim K (Alesia Dhana). Disebabkan oleh darjat serta harta, hasrat untuk memiliki Tuan Puteri Kim K telah ditolak oleh Maharaja dan Maharani. Aladdin kemudian diminta oleh ibunya untuk menolong Abanaza untuk medapatkan pelita berkenaan tanpa menyedari niat jahat sebenar Abanaza. Maka bermula lah pengembaraan Aladdin bersama Abanaza, dan Si Penunggu Cincin bersama permaidani terbang dalam satu perjalanan yang epik serta magis".....
Secara keseluruhan, persembahan pantomim Aladdin- A Musical Comedy Reloaded sangat menghiburkan. Penuh dengan warna warni disamping mesej serta sindiran yang disampaikan dalam bentuk jenaka dan komedi slapstik. #Mohonterasa. Walaupun persembahan dilakukan atas pentas yang berskala kecil, impak yang ditonjolkan kepada penonton sangat besar. Secara individu, saya rasakan babak yang paling epik sekali, pastinyaa saat muncul permaidani terbang membawa Aladdin serta babak Si Penunggu Cincin mandi didalam mesin basuh.....
Pada yang masih belum datang menonton, anda semua masih berkesempatan kerana persembahan ini akan berlansung sehingga 11 Disember 2016. Jadi segera dapatkan tiket anda hari ini juga.
Baca juga : Shout Out! Putera Aladdin Kembali!
Info Pementasan “Aladdin - A Musical Comedy Reloaded" :
Tarikh : 2-11 Disember 2016
Lokasi : PJ Live Arts, Jaya One
Ticket price : RM43.00, RM63.00, RM73.00 and RM123.00
For ticketing info and purchase visit www.tix.my
For more info visit www.facebook.com/enfinitiacademy www.facebook.com/enfinitiacademyonstage or