top of page

"Selalu Di Jiwa" Sentuhan Berbeza Izzmad Harun



Lagu "Selalu Di Jiwa", berkonsepkan balada adalah lagu terbaru nyanyian Izzmad Harun. Lagu ini merupakan ciptaan dan lirik ditulis sepenuhnya oleh penyanyi, komposer & penulis lirik terkenal, Hazami, manakala penerbit keseluruhan lagu ini adalah dibawah naungan syarikat Izzmad Harun sendiri, Zizzra Red Entertainment dengan sokongan edaran dan nada deringan digital oleh MVM Entertainment & Production.


Lagu "Selalu Di Jiwa", mempunyai jiwa balada yang sangat bersesuaian dengan jiwa dan vokal Izzmad Harun . Tambahan lagi lagu ini telah digunakan sebagai salah satu dari lagu OST untuk drama 15 episod terbitan Tanah Beris Film Production iaitu Lara Cinta Ameena yang sedang ditayangkan dislot Samarinda setiap hari dari Isnin hingga Rabu pada jam 10.00 malam diTV3.


"Keseluruhan lagu "Selalu Di Jiwa" dinyanyikan dengan suara rasa jiwa berbeza sekali setelah mendapat didikan vokal dari abang Hazami".


Menurut Izzmad, jika didengarkan berkali-kali, lagu ini dapat memberi sentuhan qalbu yang sangat mendalam jiwanya dan hanya mereka yang memahami bait-bait lirik akan merasainya - tambahnya lagi.

Izzmad Harun, 22 tahun anak kelahiran Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan yakin para pendengar dan peminatnya dapat menerima single terbarunya, "Selalu Di Jiwa" dan memberi sokongan terhadap lagu ini yang dinyanyikannya sepenuh jiwanya.


"Lagu ini terlalu bermakna dan istimewa baginya kerana penciptanya adalah Abang Hazami, orang saya amat kagumi dan sanjungi selama ini."


Sementara itu, video musik "Selalu Di Jiwa" diterbitkan oleh MVM Entertainment & Production berkonsepkan mood emosi menyerlahkan lagi vokal Izzmad, Jadi kepada semua peminat Izzmad serta follower drama Lara Cinta Amina jangan lupa muat turun nada deringan lagu-lagu Izzmad tau ujarnya lagi.



Selalu Di Jiwa (Verse)

- Maxis CRT : Dail *131*546706# , press Call

- Digi CT : Dail *233*2919388# , press Call

- Celcom CMT : Dail *888*272997# , press Call

- UMobile (CT): SMS CRM 5941208 to 28383

Selalu Di Jiwa (Chorus)

- Maxis CRT : Dail *131*546707# , press Call

- Digi CT : Dail *233*2919389# , press Call

- Celcom CMT : Dail *888*272998# , press Call

- UMobile (CT): SMS CRM 5941209 to 28383

- Itunes / Simtel / Deezer / Joox / KKbox / Spotify Dll

Izzmad berasa sangat bertuah dan amat berterima kasih diatas kritikan positif serta sokongan dari rakan-rakan media & selebriti dengan jolokkan perkataan "sahabatku" untuk melihat beliau terus maju dalam industri seni hiburan dan lakonan.


Juga tidak ketinggalan jutaan terima kasih buat keluarga tercinta saya, sanak saudara, teman-teman dan yang paling istimewa sekali para peminat dan penyokong Izzmad Harun yang setia menyokongnya selama ini dengan taglinenya #izzmadharunsayangsemua.


Follow Us
  • Black Instagram Icon
  • Black YouTube Icon
  • Twitter Basic Black
  • Facebook Basic Black
  • Black Google+ Icon
Recent Posts
bottom of page